top of page
Search

MINGGU KE10 : EKSPERIMEN PERCAMBAHAN BIJI BENIH

  • Writer: SAYURnara
    SAYURnara
  • Dec 18, 2019
  • 2 min read

Assalamualaikum warga bloggers sekalian. Hari ini saya ingin menceritakan serba sedikit tentang amali yang saya lakukan ni makmal tisukultur N30, UTM. Objektif eksperimen ini adalah bertujuan untuk kita mengenali apa yang mempengaruhi percambahan biji benih. Berikut adalah beberapa gambar yang menunjukkan keadaan percambahan bji benih.

A. Tajuk : Keperluan percambahan


Bahan dan alatan :

· piring petri atau bekas plastik

· kapas

· bijih benih

· air didih yang telah disejukkan.


Kaedah :

1. Radas disediakan seperti jadual berikut.

2. 10 biji benih dimasukkan ke dalam setiap radas.

3. Semua radas direnjis atau disiram dengan air kecuali radas B2.

4. Radas C1 dan C2 disiram dengan menggunakan air didih yang telah disejukkan.

5. Percambahan bijih benih dibuat pemerhatian pada setiap hari.

6. Keputusan percambahan dicatat selepas 3 hari.


- air didih dan air paip



- bekas plastik dan kapas



- kacang hijau



- kapas dan biji kacang hijau



- menyiram biji kacang hijau











4.0 EKSPERIMEN 2

B. Tajuk : mengkaji keadaan yang diperlukan bagi percambahan biji benih.

Bahan dan alatan :

· 5 unit tabung uji dan rak

· Bijih benih kacang hijau

· Kapas

· Minyak masak

· Air didih yang telah disejukkan

· Penitis minyak

Kaedah :

1. Empat tabung uji berlabel A, B, C dan D disediakan dengan kandungan seperti di atas.

2. Tabung uji A, B, C diletakkan dalam makmal. Tabung uji D diletakkan dalam peti sejuk.

3. Biji benih diperhatikan selepas 5 hari.


- biji benih dalam tabung uji



- minyak dicampurkan diatas air sebagai lapisan permukaan air



- semburan air



- penyimpanan tabung uji







5.0 EKSPERIMEN 3

C. Tajuk : percambahan Epigeal dan Hipogeal

Radas dan bahan :

a) Bikar 80ml atau bekas plastik

b) Biji benih kacang dan jagung

c) Peat moss






Kaedah :

1. 60 ml peat moss dimasukkan dalam 2 bikar. Untuk benih A ditandakan A dan benih jagung ditandakan B.

2. 2 biji benih kacang disemaikan pada bekas A dan 2 biji benih jagung pada bekas B.

3. Biji benih direnjiskan dengan air setiap hari.

4. Percambahan benih dipantau dan bacaan diambil setiap hari.

5. Gambar percambahan biji benih dilukis setelah 5 hari.










Hanya itu sahaja perkongsian saya tentang percambahan biji benih pada kali ini. Moga ianya memberi manfaat kepada semua. Jangan pernah menyerah dalam menuntut ilmu. Bye. ^_^

 
 
 

Comments


Post: Blog2_Post

0179731485

Subscribe Form

Thanks for submitting!

©2019 by SAYURnara. Proudly created with Wix.com

bottom of page