top of page
Search

MINGGU 12 - Percambahan melalui kaedah Tut šŸŒ“šŸ

  • Writer: SAYURnara
    SAYURnara
  • Dec 18, 2019
  • 2 min read

Pada minggu ini pula, kami sangat teruja untuk memasuki ladang buah-buahan untuk membuat percambahan melalui kaedah Tut. Puan Salina memberi pendedahan tentang cara membuat percambahan melalui kaedah Tut kepada kami semua pada petang itu. setelah selesai,Kami semua dibawa oleh Encik Abang dan Encik Faridz ke ladang untuk melakukan percambahan Tut di sana. Kami di pecahkan kepada dua kumpulan kecil. Setelah sampai kami diberi lagi pendedahan dan cara untuk membuat Tut dengan lebih dekat lagi. Seterusnya, kami memilih dahan pokok yang hendak dibuat percambahan Tut tersebut.


Kaedah percambahan melalui Tut ini adalah proses pembiakan secara tampang(vegetatif) yang bertujuan untuk memperbanyakkan bilangan tanaman. Cara pembiakan tampang ini adalah salah satu kaedah pembiakan aseksual dimana sebahagian daripada bahagian tumbuhan itu digunakan sebagai asas untuk pembiakan.


LANGKAH-LANGKAH:


1- Memilih dahan yang bersesuaian. Dahan pokok tersebut dikelar antara 4cm ke 6cm pada tempat yang dipilih untuk dikelar tersebut. Kulit kayu mestilah dikikis sehingga menampakkan lapisan putih pada dahan tersebut menggunakan pisau yang tidak berkarat.



2- Langkah kedua ialah sapukan penggalak akar bercampur air pada bahagian yang telah dikelar tadi. Seterusnya, letakkan bancuhan tanah yang telah siap dibuat bentuk gumpalan bebola disekeliling bahagian yang telah dikelar tadi. Pastikan bahagian tersebut dibalut sepenuhnya dengan tanah bancuhan tersebut supaya akar dapat tumbuh. Bancuhan tanah tersebut mestilah mengikut medium 3:2:1 iaitu 3 ialah tanah, 2 adalah pasir dan 1 adalah bahan organik.




3- Langkah terakhir ialah membalut dan mengikat bahagian yang telah diletak tanah campuran dengan menggunakan plastik lutsinar supaya mudah untuk melihat akar yang tumbuh pada bahagian tersebut. Tunggu sehingga akar keluar dari bahagian yang dibalut tersebut dalam tempoh 3 minggu dan bahagian tersebut bolehlah dipotong untuk ditanam di tempat lain.



Selamat Mencuba Kaedah Percambahan mealui Kaedah Tut....

Ā 
Ā 
Ā 

Comments


Post: Blog2_Post

0179731485

Subscribe Form

Thanks for submitting!

©2019 by SAYURnara. Proudly created with Wix.com

bottom of page