MINGGU 9: Aktiviti jual beli sayuran 👩🏻🌾👨🏻🌾
- SAYURnara
- Dec 17, 2019
- 2 min read
Assalamualaikum warga blog sekalian, pada kali ini, saya ingin menceritakan apa yang telah kami lakukan pada minggu ke 9. Pada 5 November, kami seramai 32 telah bersama-sama menuai hasil tanaman yang telah dijaga selama beberapa minggu ini. Tanaman yang berbuah masih lagi tidak mengeluarkan hasilnya. Jadi, pada hari tersebut, kami hanya dapat menuai hasil tanaman berdaun antaranya bayam, sawi, dan pak coi. Kami telah diagihan kepada 5 kumpulan untuk memudahkan kerja antaranya :
- menuai
- membersih
- pembungkusan
- pemasaran dan penghantaran
- kewangan
1. Proses Penuaian
Proses ini dilakukan apabila sayur-sayuran telah matang dan sihat serta boleh dimakan. Cara-cara untuk menuai sayur adalah dengan cara melihat keadaan sayur tersebut iaitu sayur berada dalam keadaan bain, tidak kering, tidak kuning dan tidak nampak terlalu matang. Seterusnya ialah dengan menggunakan 3 jari dan diletakkan pada permukaan daun sayuran untuk mengetahui bahawa sayur tersebut boleh diambil. akhir sekali, sayur akan dituai dengan cara menarik batang sayur tersebut sekali dengan akarnya dan pastikan akarnya tidak tidak terputus bagi menjamin kesegaran sayur tersebut selepas menuai. hal ini kerana, apbila sayur tersebut di tuai ia tetap melakukan proses resprasi.



2.Proses Pembersihan
Proses ini adalah untuk membasuh sayur yang telah dituai untuk menghilangkan segala kekotoran dengan menggunakan air. sayur-sayuran yang dituai perlu dibasuh terlebih dahulu sebelum memulakan proses pembungkusan dilakukan.
Hal ini dapat memastikan kualiti kesegaran sayur-sayuran kami sentiasa terjaga. bahagian pembersihan ini juga akan mengasingkan bahagian sayur yang sudah rosak seperti sayur yang berlubang dek dimakan serangga. sayur yang berbuah tidak perlu dibersihkan bagi menjaga kesegaran sayur yang baru dipetik 🥰


3. Proses Pembungkusan
Proses pembungkusan pula dilakukan seusai proses pembersihan. proses ini adalah untuk membungkus hasil sayuran kami sebelum dijual. sebelum dibungkuskan, kami perlu menimbang dahulu mengikut timbangan setiap jenis yang hendak dijual.
Sayur yang berdaun seperti bayam merah adalah 250g, pak choy dan sayuran sawi adalah 200g. sayur yang berbuah pula seperti kacang panjang diasingkan sebanyak 8 batang setiap bungkus, timun jepun 4 batang, timun biasa pula adalah 3 batang dan petola pula adalah sebatang. kami dikehendaki untuk membungkus sayuran berdaun ini dengan menggunakan cara bouquet untuk dijadikan lebih kreatif dan cantik.




Maka, inilah hasilnya 🤗🥬💚
4. Proses Pemasaran Dan Penghantaran
Selesai pembungkusan, kami dikehendaki untuk menjual sayur-sayuran kami dengan segera. Jadi beberapa ahli kelas kami telah dibahagikan untuk menjual ke bebrapa tempat sekitar kawasan terdekat di kawasan UTM. antara tempat yang sentiasa menjadi buruan ialah di Pusat Kesihatan Universiti, UTM sendiri. di sana terdapat ramai orang yang melihat teruja untuk membeli sayur-sayuran kami termasuklah pesakit dan juga staff Pku,UTM ini. Tidak dilupakan juga, kami telah memberi sumbangan sayur-sayuran kami kepada golongan yang memerlukan iaitu di Baitul Soleha.



Terima kasih kepada bapa pada rakan sekelas kami, Ani yang memborong beli sayur-sayuran kami 😁👍🏻
5. Proses Bahagian Kewangan
Selesai melakukan aktiviti penjualan, maka bendahari akan mengira hasil jualan dan hasil kutipan secara keseluruhan untuk dilaporkan kepada pensyarah kami, Dr Husna. Penjualan hasil sayuran kami adalah sangat baik dan sangat mendapat sambutan oleh pembeli.


Jadi, itu sahaja aktiviti kami pada minggu yang ke-9. Jumpa lagi pada minggu yang seterusnya dengan aktiviti yang lebih menarik !!!😆👋🏻
Comments