MINGGU 7: Keratan batang 🌿🌾
- SAYURnara
- Nov 9, 2019
- 1 min read
Minggu ketujuh ini kami diberikan ilmu baru tentang pembiakan tumbuhan iaitu melalui keratan batang. Keratan batang ialah kaedah pembiakan tanaman yang selalu digunakan bagi tanaman hiasan. Bahagian pokok yang sentiasa digunakan adalah bahagian batang, bahagian dahan dan bahagian ranting. Contohnya pokok bunga siatan, pokok bunga kertas, pokok puding dan sebagainya. Jenis keratan batang ada tiga iaitu:
1- Keratan kayu lembut
bahagian pucuk yang berwarna hijau dan mudah patah
2- Keratan kayu sederhana keras
dahan baru matang dan berwarna hijau perang
3- Keratan kayu keras
dahan matang berwarna perang dan boleh terus ditanam tanpa perlu disemai
Pada mulanya, kami perlu mendapatkan keratan batang pokok hiasan yang diperlukan. Selepas itu, kami perlu menyediakan medium semaian keratan batang dengan menyediakan campuran 2 bahagian tanah loam, 1 bahagian bahan organik dan 1 bahagian pasir sungai (2:1:1). Seterusnya, masukkan 3/4 medium ke dalam setiap pasu/beg politena dan ratakan permukaan medium.
Setelah selesai, keratan batang pokok masing-masing dipotong melintang dan mengikut saiz yang dikehendaki iaitu berdiameter 8 cm dengan menggunakan sekateur. Seterusnya, celupkan hujung keratan batang tadi ke dalam serbuk hormon pengakaran mengikut ketebalan keratan batang.Keratan batang yang sudah siap dicelup di dalam serbuk hormon bolehlah ditanam ke dalam pasu/politena yang sudah disediakan dengan medium (2:1:1) tadi. Bekas semaian yang sudah siap hendaklah diletakkan di tempat yang teduh dan disiram secukupnya.
Comments