MINGGU 5: Membuat 'para'🥬🥒
- SAYURnara
- Nov 5, 2019
- 1 min read
Pada minggu ini pula, kami ditugaskan untuk membuat 'para' sebagai sokongan untuk tanaman sayuran yang berbuah seperti timun jepun dan kacang panjang. Kami juga mempelajari cara sokongan lain iaitu berpagar, junjungan, dan para. Sokongan tanaman sayuran berbuah adalah untuk membolehkan pokok memperoleh cahaya matahari yang secukupnya dan memudahkan kerja pengurusan seperti merumput, memungut hasil dan mengelakkan buahnya daripada menjadi kotor kerana terkena tanah. Kami perlu mencari batang kayu untuk dijadikan para tersebut. Apabila sudah mencukupi, kami menggunakan tali untuk mengikat setiap hujung kayu supaya kukuh dan memudahkan tanaman menjalar ke atas. Sepanjang proses ini, kami ditemani oleh en.faris, en. abang, puan salina dan Dr. husna.

Comments