top of page
Search

Minggu 4 : Eksperimen 📝🔍

  • Writer: SAYURnara
    SAYURnara
  • Oct 19, 2019
  • 2 min read

Updated: Oct 27, 2019

Kali ini kami dikehendaki menjalankan tiga eksperimen menggunakan bahan tanah batas kami untuk menentukan tekstur tanah melalui cara mendapan, menentukan tekstur tanah melalui cara medan dan membandingkan kadar pengaliran air menerusi tanah di bangunan N30, UTM.


EKSPERIMEN 1: Menentukan tekstur tanah melalui cara mendapan


Bahan & Alat:

Sampel tanah, silinder penyukat, air.

Langkah-langkah:

1. Ambil sampel tanah sebanyak 50 ml.

2. Hancurkan.

3. Masukkan 50 ml tanah ke dalam silinder penyukat.

4. Tambahkan air ke dalam silinder penyukat sehingga 300 ml.

5. Tutup silinder penyukat dengan tapak tangan dan goncangkan campuran perlahan- lahan sehingga kumin tanah terpisah.

6. Letakkan silinder penyukat di atas meja (3 jam) tanpa gangguan.

7. Ukur ketinggian setiap pisahan tanah yang mendap & catatkan dalam jadual.

8. Hitungkan peratus pisahan tanah.

9. Tentukan kelas tekstur tanah dengan menggunakan segi tiga tekstur tanah sistem Atterberg.





Sampel tanah(50ml) dimasukan ke dalam selindar penyukat dan masukkan air sehingga 300ml dan digoncangkan.










Dibiarkan selama 3 jam tanpa sebarang gangguan.













Ambil ukuran setiap pisahan tanah dan cari peratus.








Keputusan : ketinggian keseluruhan pisahan    3.4   cm

Pisahan Ketinggian (cm) Peratus (%)

Pasir 2.2 65

Kelodak 0.9 26

Tanah liat 0.3 9


Peratus pisahan = Ketinggian lapisan pisahan/ketinggian semua lampiran x 100.

Tanah liat :

                   (0.3/3.4) x 100 = 9%

Kelodak :

                  (0.9/3.4) x 100 = 26%

Pasir :

                  (2.2/3.4) x 100 = 65%

KESIMPULAN :


Hasil kiraan peratus menunjukkan tekstur tanah kami adalah sandy loam :)


EKSPERIMEN 2 : Menentukan tekstur tanah melalui cara medan


BAHAN DAN ALATAN :

                  Sampel tanah, air, plastik putih dan kain lap.

LANGKAH-LANGKAH :

1. Ambil lebih kurang 20g sampel tanah (atau secukupnya untuk membentuk bebola tanah dengan diameter 2 - 3 cm).

2. Letakkan sampel tanah di atas plastik putih dan uli tanah dengan seikit air.

3. Sampel yang dilembapkan dengan sedikit diuli sehingga dapat dibentuk.

4. Bentukkan tanah yang dilembapkan air tersebut menjadi bentuk bebola, reben, rod, bentuk U dan gegelang.



Gelang yang dapat dibentuk (tanah liat).

Bebola dapat dibentuk (pasir berloam).

Bentuk bulan sabit yang dibentuk (tanah liat)

Membentuk U tetapi tidak dapat membentuk gegelang (loam tanah liat)

Rod dapat dibentuk (tanah loam).


EKSPERIMEN 3 : MEMANDINGKAN KADAR PENGALIRAN AIR MENERUSI TANAH


BAHAN DAN ALATAN :

 Sampel tanah, air suling, gentian kaca, bikar dan corong turas.


LANGKAH-LANGKAH :

1. Sediakan radas seperti yang diarahkan.

2. Sukat 50ml air suling.

3. Tuangkan 50 ml air ke dalam setiap sampel tanah dan tentukan isi padu air yang mengalir ke dalam kelalang kon.

4.  Catatkan keputusan dan pemerhatian yang telah diambil bagi setiap sampel tanah dalam jadual.

5. Ambil bacaan pH tanah menggunakan meter pH.



Sampel tanah diletakkan bersama dengan gentian kaca, kemudian tuangkan air suling.


Ambil bacaan pH tanah.

 
 
 

Comments


Post: Blog2_Post

0179731485

Subscribe Form

Thanks for submitting!

©2019 by SAYURnara. Proudly created with Wix.com

bottom of page