top of page
Search

Minggu 3: Proses membaja serta semaian biji benih🌲

  • Writer: SAYURnara
    SAYURnara
  • Oct 15, 2019
  • 2 min read

Selepas batas disiapkan, kami perlu membuat proses seterusnya iaitu proses membaja tanah dan semaian biji benih.Kami diberi taklimat sebelum membaja tanah oleh encik abang dan encik faris serta dipantau oleh Dr. Husna.


Terdapat dua jenis baja iaitu baja organik dan baja kimia. Baja kimia mengandungi bahan tertentu iaitu nitrogen, fosforus dan kalium. Nitrogen adalah untuk pertumbuhan daun, Fosforus adalah untuk tumbesaran pokok dan Kalium adalah untuk tumbesaran buah dan akar. Nitrogen, Fosforus dan Kalium adalah bahan utama (mikro) dalam baja kimia manakala bahan sampingan (makro) adalah seperti Magnesium dan Ferum sebagai supliment kepada pokok.Baja organik pula terhasil daripada bahan buangan binatang seperti ayam,kambing,lembu dan lain-lain yang bersesuaian. Baja kompos juga merupakan baja organik yang terbaik untuk tumbuhan.


Antara beza baja organik dan baja kimia adalah baja organik lambat bertindak balas keatas pokok(2-3 minggu) dan nutrien dalam tanah kekal lama manakala baja kimia cepat bertindak balas terhadap pokok dan cepat larut serta meresap ke dalam tanah yang boleh mencemarkan sungai berdekatan.Baja organik yang terhasil daripada sisa buangan haiwan tidak boleh digunakan serta-merta kerana masih panas dan boleh menyebabkan pokok mati.Sisa buangan haiwan tersebut perlulah diletakkan di tempat terbuka supaya dapat menstabilkan suhu dan dapat mengurangkan bau najis tersebut.Tanah juga perlulah dicampurkan dengan kapur supaya tanah tidak terlalu berasid.


Setelah tanah sudah dibaja menggunakan baja organik dan dibiarkan selama beberapa hari, kami pergi ke ladang semula untuk melakukan proses seterusnya iaitu semaian biji benih.Puan salina memberi taklimat tentang biji benih sebelum memulakan aktiviti.Terdapat beberapa biji benih yang digunakan untuk setiap batas iaitu sayuran berbuah dan berdaun.

Terdapat 4 jenis cara semaian:

- tabur terus

-alur

-pocket(sesuai untuk biji benih yang besar)

-tray semaian


Kami memilih kaedah tabur terus untuk sayuran .Sebelum itu, kami perlu melakukan penjarangan biji benih supaya sayur yang tumbuh tidak terlalu rapat dan mudah mengenalpasti biji benih yang sudah ditabur.Biji benih perlulah dicampurkan dengan pasir iaitu bernisbah 1:10. Kami menabur terus biji benih sayur berdaun yang telah dicampurkan dengan pasir ke atas tanah manakala sayur berbuah perlu dikorek lubang yang kecil untuk diletakkan biji benih ke dalamnya dan disebelahnya perlu diletakkan sebatang kayu/dahan sebagai tanda.



Seterusnya adalah membuat sungkupan pada batas masin-masing.Sungkupan bertujuan untuk mengelakkan biji benih mendapat cahaya terus dari matahari. Kami menggunakan net hitam untuk dijadikan sungkupan pada batas masing-masing. Apabila sungkupan dan semaian sudah disiapkan, sayuran perlulah disiram setiap pagi dan petang secara bergilir-gilir oleh pelajar. Sungkupan perlulah dibuka apabila sayuran sudah sedikit besar dan mampu menerima cahaya matahari terus.






 
 
 

Comments


Post: Blog2_Post

0179731485

Subscribe Form

Thanks for submitting!

©2019 by SAYURnara. Proudly created with Wix.com

bottom of page