Minggu 2:Penyediaan Batas 🌱
- SAYURnara
- Oct 10, 2019
- 1 min read
Pada minggu kedua, kami datang ke ladang untuk membuat batas masing-masing. Kesemua pelajar sungguh bersemangat dan saling bantu-membantu antara satu sama lain. Sebelum memulakan aktiviti, kami memakai sarung tangan, topi dan kasut but sebagai langkah keselamatan dan keselesaan. Kami perlu menggembur tanah sekali lagi menggunakan cangkul walaupun sudah digemburkan oleh mesin penggembur tanah supaya tekstur tanah lebih lembut dan tidak ada bendasing. Kami membersihkan batas dengan membuang rumpai dan bendasing supaya tiada tumbuhan lain yang akan tumbuh selepas semaian biji benih dilakukan.
Seterusnya, kami perlu menggunakan kayu atau dahan pokok untuk membuat penanda bagi setiap batas mengikut ukuran yang telah ditetapkan untuk batas. Batas yang kekurangan tanah perlu menambah tanah dengan mengambil tanah yang ada di kawasan tersebut supaya batas dapat disiapkan dengan sempurna. Masing-masing sibuk melakukan tugas yang diberikan sehingga lewat petang. Proses membuat batas bersambung ke hari kedua. Pastikan barang yang digunakan disimpan semula ke tempat yang disediakan sebelum pulang ya..

Pada hari ketiga, kami datang ke ladang untuk membuat bingkai pada batas atas arahan encik abang dan encik faris. Kesemua papan untuk membuat bingkai pada batas sudah disediakan. Langkah-langkahnya:
1) Ukur dan potong papan kepada dua saiz iaitu 4 kaki dan 10 kaki sebanyak 4 papan untuk satu batas
2) Cat papan menggunakan cat minyak supaya tahan lama
3) Paku kayu tersebut mengikut bentuk batas yang telah diukur sehingga menjadi bentuk segi empat
Alhamdulillah, kami dapat menyiapkan batas dalam kadar masa yang telah ditetapkan atas sokongan dan kerjasama rakan-rakan yang lain. Setelah kerja mengecat dan membuat bingkai batas selesai, kami membersihkan alatan yang digunakan dan disimpan semula ke tempat yang disediakan. Walaupun kami terpaksa berhujan panas tetapi kami tetap meneruskan perjuangan untuk menyiapkan batas.
Comments